Love Is Cinta


Rangkapan Kata Pujangga Cinta

Apakah itu cinta?

Cinta adalah tentang rasa,

Tidak dapat diungkap dengan kata-kata,

Tidak dapat digambarkan melalui hujung mata tinta

Cinta sejati terbentuk melalui persefahaman,

Mendengar apa yang tidak dikatakan,

Mengerti apa yang tidak dijelaskan

Cinta yang sempurna sifatnya suci,

Menerima seadanya dari segenap inci,

Kekurangan dimiliki tidak menumbuhkan benci

Cinta bermula dengan pertemuan,

Bersemi kerana perhatian,

Walau diuji dengan perpisahan,

Tetap bertahan kerana kesetiaan

Ramai manusia yang ingin Tuhan menciptakan pasangan yang sempurna untuk mereka,

Sehingga mereka terlupa bahawa Tuhan menciptakan manusia diciptakan berpasangan untuk saling menyempurnakan

Design a site like this with WordPress.com
Get started